Monday, March 31, 2014

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Versi Mudah

Bismillahirahmanirrahim

Semalam hubby balik dari Pasar Pandamaran ada beli siput sedut. Alhamdulillah, dah lama cari siput sedut akhirnya jumpa gak. Heh, padahal kat Tesco selalu je ada siput sedut tapi asal pergi Tesco je tak rasa nak masak siput sedut. Acaner tu? Sebabnya siput sedut ni kalau beli kene terus balik rumah masak. Tak boleh menyinggah tempat lain. Kitorang kalau pergi Tesco mesti malam, balik rumah terus tidur. Tak adanya nak masak lagi. Kalau siang mesti menyinggah waktu balik tu. Hehehe.

Lagi best hubby beli keladi sekali. Dapatlah saya buat siput sedut masak lemak cili api dengan batang keladi. Yang ni adalah resepi masak lemak yang kedua dalam blog storyfromummi selepas Udang Masak Lemak Cili Api.

Resepi kali ni jadi mudah sebab saya tak guna daun kunyit, serai ataupun kunyit hidup. Serai nak simpan untuk masak merah. Hahaha. Cekidaut...



Bahan-bahan:

1kg siput sedut.
1kg santan pekat.
3 batang keladi.
2 genggam cili api + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih.
1 sudu kecil kunyit serbuk.
2 keping asam keping.
Garam secukup rasa.


Cara-cara:

1. Siput sedut ni berlumpur. Jadi, basuh dulu siput sedut sampai bersih. Jangan lupa buang sedikit hujung menggunakan parang untuk membolehkan kita sedut siput tu dengan lancarnya waktu makan nanti. Hehehe. Bersihkan juga batang keladi dan potong kecil-kecil lebih kurang saiz 2 inci.

2. Blend cili api bersama dengan bawang besar dan bawang putih. Kalau anda penggemar pedas, letak la cili api banyak mana anda suka. Kalau tak kuat pedas, letak sikit je ye. Adjust to your taste. 

3. Part paling senang dan best dalam masak lemak. Masukkan sekali santan, cili api yang dah blend, batang keladi, kunyit serbuk dan asam keping ke dalam periuk. Gunakan api kuat dan sentiasa kacau hingga batang keladi sedikit lembut.

4. Masukkan pula siput sedut dan garam secukup rasa. Teruskan kacau sampai mendidih. Kalau tak santan jadi berkaki. Dah siap mendidih, boleh tutup api dan hidangkan. Senang kan?

Psst... footnote: If my mother cooked, she used serai and kunyit hidup instead of turmeric powder. So, she blended the kunyit hidup together with cili api and bawangs (my bawangs means onion and garlic). My MIL on the other hand prefer using turmeric powder instead of kunyit hidup and turmeric leave instead of serai. How about me? I can use any but hubby requested for turmeric powder.

Happy cooking~~~

5 comments: