Tuesday, March 25, 2014

Berakhirnya Tragedi MH370 Innalillahiwainnailaihirojiun.

Bismillahirahmanirrahim

Akhirnya pada hari ke-18 (24 Mac 2014) tragedi misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, Perdana Menteri telah mengesahkan melalui sidang media di PWTC bahawa penerbangan MH370 sudahpun berakhir di selatan Lautan Hindi. 



Sebak rasanya hati ni. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, terjawablah persoalan 'di mana kamu MH370?' Media Malaysia kini menyeru kesemua Muslimin dan Muslimat untuk menyedekahkan bacaan al-Fatihah.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga krew dan penumpang MH370. Semoga tabah menghadapi kenyataan ini. Seluruh Malaysia dan mungkin dunia merasai kesedihan ini. Namun, pencarian masih belum berakhir. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah s.w.t memperudahkan urusan menemui pesawat yang jauh di dalam Lautuan Hindi.



MH370 - terbang setinggi awan, berakhir di lautan dalam. 

No comments:

Post a Comment