Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Ajar Anak Hisap Botol Susu atau Puting

Bismillahirahmanirrahim

Ada tak sesiapa mengalami masalah bila anak yang dah biasa menyusu badan tak mahu hisap susu melalui botol? Rasanya kebanyakan (saya tak kata semua) ibu yang breastfeed anak pernah mengalaminya. 

Saya dulu pun macam tu. Walaupun A.D lahir-lahir je misi kat Hospital Pantai Klang dah bagi susu botol (sebab saya masih lagi dalam operation theatre. 3 hari kat ward, 3 hari tu la anak hisap susu botol.), tapi bila balik rumah saya terus breast feed anak sebab saya nak nurture bonding between mak dengan anak. Since I am a housewife, tak de lah rushing sangat nak ajar anak guna botol. Ye lah, 24 jam dengan anak. Bengkak je sua kat mulut anak. 

Tapi, bila fikir-fikir balik, kena juga ajar anak hisap botol. Susah nanti kalau emergency. Masa tu umur A.D dah nak masuk 3 bulan. Bukan setakat hisap botol, hisap puting pun A.D tak nak. Puaslah google sana sini cari tips untuk ajar anak hisap susu botol. Jumpa beberapa suggestion untuk guna botol susu jenis besar macam Avent, Mam dan Tommie Tippie. Botol susu ni kategori 'closer to nature' iaitu design dia menyamai breast feeding.

Apa lagi, saya pun ajak hubby pergi kedai Twins Baby kat Bukit Tinggi, Klang. Belek punya belek, kami ambil Tommie Tippie. Bila nak bayar kat kaunter, sempat saya borak dengan tauke tu yang saya nak ajar anak hisap susu melalui botol. Sekali, tauke tu cakap kalau nak ajar anak hisap botol susu, guna puting NUK. Puting NUK ni boleh fit kat semua botol susu biasa. Tak silap saya harga puting NUK ni baru RM16 untuk 2 pieces. Kalau botol susu 'closer to nature' tu harga RM40 sebotol.

A.D & A.Z. with their NUK pacifier.

Mulanya saya tak percaya. Tapi kata tauke tu, puting NUK ni paling lembut. GH pun guna untuk bayi sumbing. Then, she told me teknik untuk ajar anak hisap susu guna puting NUK ni.

Firstly, lekapkan puting NUK kat nipple mommy dan bagi anak hisap. Buat beberapa kali sampai anak dah biasa. Ni kira teknik memperdayakan anak jugak la. Cuba buat macam tu untuk 3 hari. Bila anak dah biasa boleh terus pasang pada botol susu. Seriously, it works! Saya cuma buat sekali je teknik memperdayakan tu. Sebab saya nampak A.D dengan yakinnya sangka yang dia tengah direct breastfeeding. Hehehe.

Kalau anak tak pandai hisap puting (pacifier) pun boleh ajar guna NUK. Tak lah nanti anak asyik nak mengempeng je kan? Macam baby A.D & A.Z dalam gambar kat atas tu. Both started using pacifier at 2 months old age.

Good luck mommies :)

No comments:

Post a Comment