Saturday, December 27, 2014

Kami Ber-3 di Langkawi

Bismillahirahmanirrahim

Dulu sebelum pregnant, saya pernah beli tiket flight utk ke Langkawi dengan hubby, mak & abah. Masa tu book tiket promosi Airasia, RM80 pergi balik seorang. Murah punya pasal, book la berbulan-bulan awalnya. Tiba-tiba... last minit tak dapat pergi. Burnt tiket saya dengan hubby. 



November 2014, alhamdulillah kami dapat ke Langkawi. Kali ni of course kami bawa A.D. Kami bertiga je. Dah takde book tiket flight awal-awal macam dulu. Takut wooo... Saya book 3 minggu sebelum tarikh kami bercuti, selepas kami suami isteri dengan yakin nye in-sha-Allah dapat pergi :)

So, dalam entri ni saya kongsikan pengalaman saya. Mana tau berguna sebagai panduan kepada parents yang merancang untuk bercuti dengan anak kecil atau baby.


Flight KUL-LGK

From Port Klang to KLIA. Kakngah tolong hantar sebelum masuk keje.
Best sangat sebab kalini dapat naik fligt MAS dengan total fare RM290 pergi balik untuk kami bertiga. Eh, murah lah kan? Harga asal RM250. Memikirkan percutian kali ni kali pertama kami bawa A.D naik flight, saya dengan hubby decided to pay for "pilih seat" pergi dan balik. Harga seat seorang untuk satu perjalanan, RM10. Two of us pergi balik, dah RM40. A.D (1 tahun 2 bulan), saya riba je. Tapi, masa flight balik ada satu seat kosong kat row kami. So, A.D was lucky dapat free seat :)

Of course kami bawa sekali susu anak dalam tin, susu dah bancuh dan termos air panas just in case nak bancuh susu anak lagi dimana-mana sahaja.


How was he during the journey? Baik saja. Tidur all the way long. Terjaga masa landing off. A.D mungkin keletihan sebab dah bangun 6 pagi. Ummi terbook flight pukul 9.45 pagi. Satu kesilapan besar sebab sampai Langkawi Airport pukul 10.45 pagi. Pusing-pusing pekan Kuah dulu sementara nak tunggu check-in pukul 3 petang! Time ni susu botol A.D pun dah habis :(

Untuk prosedur di lapangan terbang, boleh refer blog lain ye pembaca.

Kereta Sewa


Saya survey kereta sewa seminggu sebelum departure. Hasil survey saya decided contact Anoxtravel. Rezeki kami dapat sewa kereta murah. RM110 utk 48jam + extra 2 jam. Myvi lagi best. Aircond kuat, tingkap tak bocor, bersih. A.D selesa tidur kat seat belakang. Saje saya request auto padahal kami suami isteri boleh bawa manual. Aim kami percutian ni mesti relax sepenuhnya, no stress at all. 

De Baron Resort

Again, saya memang tak berani book bilik awal-awal. So, macam kereta sewa tadi, penginapan pun saya book seminggu sebelum departure. De Baron Resort, RM150 satu malam nett, book terus dengan pihak resort. Kami stay 2 malam. Resort ni terletak di Pekan Kuah. Pilihan yang bijak sebab bila bawa anak kecik ni, kene consider waktu anak nak tidur. So bila penginapan betul-betul dekat Kuah, kami boleh pegi shopping anytime. No rushing, no stress at all. Nak cari makan pun sonang. Terima kasih cikinadodocheng atas cadangan lokasi Kuah.
Anak ummi nampak je katil memang terus abum la dia.
Breakfast untuk bilik RM150 ni tidak lah mewah sangat, tapi alhamdulillah masih mengenyangkan untuk kami sekeluarga including our baby A.D. Ada 2 heavy meal - nasi goreng & mee/bihun, ada sosej/beacon, ada cereal & fresh milk, bubur nasi yang, ada fruits, puding/pancake hot drinks & juice. Yang penting, kat cafe tu terpampang sijil Halal by Jakim :)
Air pool dalam untuk ketinggian A.D. Papa dukung A.D. 
Ummi tukang ambil gambar je :)
Then, petang and the next morning kami bawa A.D mandi swimming pool kat resort tu. Pelampung lengan dengan pelampung itik ikut naik flight. Ummi siap bawak mesin pam lagi pam kat bilik resort. Tapi bila mandi tak pakai pun pelampung tu.

Oriental Village & Cable Car

On the first day, kami tak kemana-mana sangat pun melainkan pusing pekan Kuah. Lunch kat Kuah, tengok jeti Kuah, tengok bot, survey kedai coklat, malam beli coklat, tu je la. 

On the second day, lepas breakfast kami terus bergerak ke Oriental Village. Masa gerak tu dah hampir pukul 9 pagi. Tak boleh lewat sangat nanti panas, tak selesa. Susu anak dah siap bancuh, otw tu, kami sempat singgah kedai runcit belikan anak roti cream untuk kudap-kudap nanti. 

Beg hubby isi diaper anak, towel anak, baju spare anak, susu, air mineral, roti & chipsmore.




Gambar kiri bawah tu A.D tak sengaja tergelecek but still with style. Hehehe
Tak ada gambar atas sky bridge sebab tengah tutup untuk renovation.

Makam Mahsuri

Pergi Langkawi tak ziarah makam Mahsuri tak patutla pula kan? So, lepas lunch dekat kawasan kampung, kami ke makam Mahsuri. Nostalgic betul kisah Mahsuri ni. 



Kami sedekahkan al-Fatihah untuk Mahsuri di hadapan makamnya.

Dataran Langkawi

Lagi satu landmark Langkawi. Dari mana datangnya nama pulau ni kalau tak dari burung helang kan? So, tengah panas terik kami gaghkan juga la bawak anak ke Dataran Langkawi. Boleh nampak tak gaya A.D bergambar dah suam-suam kuku dah? Dah siap tarik tangan ummi ajak balik. Ajak wefie kejap pun tak nak dah.

Panas & keletihan.
 Dari Dataran Langkawi ni boleh nampak De Baron resort dengan jelas sekali. Tapi kenapa dari De Baron Resort saya tak nampak dataran? Hubby pun questioning the same too. Aneh ni. Pelik. Ke sebab silau matahari terbenam? Hehehe.

Kami sekejap je kat sini. Lepas tu terus balik bilik. Rehat kejap, solat, tak lama lepas tu bawa A.D mandi pool.

Plan kami malam tu nak jalan-jalan kat Pantai Cenang. Tapi, lepas Maghrib A.D terus tertidur. Tak sampai hati kami nak kacau anak kami tidur. Mana taknya, sepanjang siang tu A.D cuma tidur dalam kereta je. So, Cenang cancelled. Hubby keluar kejap je tapaukan dinner untuk kami.

On the third day, kami dah relax. Lepas breakfast, A.D mandi pool then kami dah bersiap nak check-out. Flight balik pukul 2.30 ptg. Sebelum pukul 12 lagi kami dah check-out bilik. Otw ke airport tu kami lalu Pantai Cenang. Tapi, lalu siang tak happening sangat. Sampai aiprort just nice, pukul 1 petang. Lunch kejap kat Marrybrown airport then dah masuk gate.

Since masa kami limited, our plan earlier to visit underwater world was cancelled. Since kami ada anak kecik, kami juga tak berangan nak pergi island hopping.

Alhamdulillah, percutian kami berjalan dengan lancar.