Tadi ada terbaca statement peribadi sang manusia tentang tragedi MH370. Dah berbuih dah kerajaan dan media dok ingatkan, jangan buat spekulasi sendiri. Apa lagi bila libatkan ahli politik tertentu. Tapi, ada gak yang degil eh? Don't you know, bila ada sahaja yang percaya dengan hasutan negatif hasil tulisan anda, you'll get point there? Point dosa. Boleh jadi fitnah tau. Bila Allah s.w.t turunkan ujian untuk kita, kita kena banyakkan bersabar. Masa ni lah patutnya kita insaf dan takut untuk tambah dosa. Dengan kata lain, kita akan lebih banyak untuk lakukan kebaikan.
Kata Prof. Muhaya malam tadi (25/03/14 @ tv3), "Don't question. Terima dan bersabar. Konsep ada, beri, terima. Orang yang ada unsur positif akan memberi semangat positif dan menerima kembali unsur positif. Dan vice versa."
Haish, dah ke lain plak. Sebenarnya nak kongsi resepi Asam Pedas Ikan Pari ni. Asam pedas has always been my favourite lauk. Tak kisah lah asam pedas ikan mayong ke.. ikan keli ke.. ikan merah ke.. ikan kembong ke... sedapnye..! Again, memasak kena ikut selera suami ye para isteri solehah sekalian. My hubby doesn't eat asam pedas except for asam pedas ikan pari. Jadi kalau saya masak asam pedas, mesti ikan pari.
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari.
5 - 10 batang bendi.
3 senduk cili kering yang dah blend dengan 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 2 ulas kunyit hidup.
2 batang serai yang dititik.
Semangkuk air asam jawa pekat.
Daun kesum.
Sedikit minyak masak untuk menumis cili.
Garam secukup rasa.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan cili blend dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bendi. Gaul rata. Daun kesum tu untuk tambah wangi. Biasanya saya tak letak daun kesum. Sebab pokok daun kesum yang mak tanam kat belakang rumah ni dah mati. Malas nak beli kat kedai. Hehehe.
3. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa. Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidangkan.
Tips memasak: Jangan biar ikan mendidih lama sebab nanti ikan hancur.
Selamat mencuba~~~
No comments:
Post a Comment