Showing posts with label Tips Memasak. Show all posts
Showing posts with label Tips Memasak. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Versi Mudah

Bismillahirahmanirrahim

Semalam hubby balik dari Pasar Pandamaran ada beli siput sedut. Alhamdulillah, dah lama cari siput sedut akhirnya jumpa gak. Heh, padahal kat Tesco selalu je ada siput sedut tapi asal pergi Tesco je tak rasa nak masak siput sedut. Acaner tu? Sebabnya siput sedut ni kalau beli kene terus balik rumah masak. Tak boleh menyinggah tempat lain. Kitorang kalau pergi Tesco mesti malam, balik rumah terus tidur. Tak adanya nak masak lagi. Kalau siang mesti menyinggah waktu balik tu. Hehehe.

Lagi best hubby beli keladi sekali. Dapatlah saya buat siput sedut masak lemak cili api dengan batang keladi. Yang ni adalah resepi masak lemak yang kedua dalam blog storyfromummi selepas Udang Masak Lemak Cili Api.

Resepi kali ni jadi mudah sebab saya tak guna daun kunyit, serai ataupun kunyit hidup. Serai nak simpan untuk masak merah. Hahaha. Cekidaut...



Bahan-bahan:

1kg siput sedut.
1kg santan pekat.
3 batang keladi.
2 genggam cili api + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih.
1 sudu kecil kunyit serbuk.
2 keping asam keping.
Garam secukup rasa.


Cara-cara:

1. Siput sedut ni berlumpur. Jadi, basuh dulu siput sedut sampai bersih. Jangan lupa buang sedikit hujung menggunakan parang untuk membolehkan kita sedut siput tu dengan lancarnya waktu makan nanti. Hehehe. Bersihkan juga batang keladi dan potong kecil-kecil lebih kurang saiz 2 inci.

2. Blend cili api bersama dengan bawang besar dan bawang putih. Kalau anda penggemar pedas, letak la cili api banyak mana anda suka. Kalau tak kuat pedas, letak sikit je ye. Adjust to your taste. 

3. Part paling senang dan best dalam masak lemak. Masukkan sekali santan, cili api yang dah blend, batang keladi, kunyit serbuk dan asam keping ke dalam periuk. Gunakan api kuat dan sentiasa kacau hingga batang keladi sedikit lembut.

4. Masukkan pula siput sedut dan garam secukup rasa. Teruskan kacau sampai mendidih. Kalau tak santan jadi berkaki. Dah siap mendidih, boleh tutup api dan hidangkan. Senang kan?

Psst... footnote: If my mother cooked, she used serai and kunyit hidup instead of turmeric powder. So, she blended the kunyit hidup together with cili api and bawangs (my bawangs means onion and garlic). My MIL on the other hand prefer using turmeric powder instead of kunyit hidup and turmeric leave instead of serai. How about me? I can use any but hubby requested for turmeric powder.

Happy cooking~~~

Tuesday, March 25, 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bismillahirahmanirrahim

Tadi ada terbaca statement peribadi sang manusia tentang tragedi MH370. Dah berbuih dah kerajaan dan media dok ingatkan, jangan buat spekulasi sendiri. Apa lagi bila libatkan ahli politik tertentu. Tapi, ada gak yang degil eh? Don't you know, bila ada sahaja yang percaya dengan hasutan negatif hasil tulisan anda, you'll get point there? Point dosa. Boleh jadi fitnah tau. Bila Allah s.w.t turunkan ujian untuk kita, kita kena banyakkan bersabar. Masa ni lah patutnya kita insaf dan takut untuk tambah dosa. Dengan kata lain, kita akan lebih banyak untuk lakukan kebaikan. 

Kata Prof. Muhaya malam tadi (25/03/14 @ tv3), "Don't question. Terima dan bersabar. Konsep ada, beri, terima. Orang yang ada unsur positif akan memberi semangat positif dan menerima kembali unsur positif. Dan vice versa."

Haish, dah ke lain plak. Sebenarnya nak kongsi resepi Asam Pedas Ikan Pari ni. Asam pedas has always been my favourite lauk. Tak kisah lah asam pedas ikan mayong ke.. ikan keli ke.. ikan merah ke.. ikan kembong ke... sedapnye..! Again, memasak kena ikut selera suami ye para isteri solehah sekalian. My hubby doesn't eat asam pedas except for asam pedas ikan pari. Jadi kalau saya masak asam pedas, mesti ikan pari.


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan pari.
5 - 10 batang bendi.
3 senduk cili kering yang dah blend dengan 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 2 ulas kunyit hidup.
2 batang serai yang dititik.
Semangkuk air asam jawa pekat.
Daun kesum.
Sedikit minyak masak untuk menumis cili.
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan cili blend dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bendi. Gaul rata. Daun kesum tu untuk tambah wangi. Biasanya saya tak letak daun kesum. Sebab pokok daun kesum yang mak tanam kat belakang rumah ni dah mati. Malas nak beli kat kedai. Hehehe.
3. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa. Bila dah mendidih boleh tutup api dan hidangkan.

Tips memasak: Jangan biar ikan mendidih lama sebab nanti ikan hancur.

Selamat mencuba~~~

Sunday, March 16, 2014

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Bismillahirahmanirrahim

Siapa nak kahwin dengan orang N9, kena cuba resepi ni. Saya tak kata yang resepi ni mudah tapi, worth to try. Untuk beginner, mungkin tak mudah sebab resepi ni guna banyak bahan. Tapi, dia jadi mudah sebab campak je semua. Hehe. Tak ada tumis-tumis tau. Tak guna minyak pun. Okeh, tak nak taip panjang-panjang lagi. Kawan-kawan tengok lah caranya di bawah ni ye. (Saya saje tak nak letak sukatan bahan-bahan. Sebab saya tak reti nak explain macam mana. Kalau tak faham boleh comment ye)



Udang Masak Lomak Cili Api

Bahan-bahan:

1) Udang 
2) Kacang panjang (boleh juga digantikan dengan peria)
4) Santan
5) Cili api hijau blend dengan bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup (boleh juga ganti dengan kunyit serbuk. Saya guna kunyit serbuk je. Ikut tekak suami.)
6) Asam keping
7) Serai dititik / Daun kunyit (pilih salah satu.)
8) Garam

Cara-caranya:



1) Masukkan santan, cili api blend, asam keping, serai / daun kunyit ke dalam periuk. Kacau perlahan-perlahan sampai mendidih.

2) Masukkan kacang panjang dan udang. Kacang panjang dipotong saiz panjang jari. Atau ikut suka lah nak potong saiz macam mana pun. Erm, lepas tu masukkan garam secukup rasa. As usual, jangan biar udang masak lama-lama. Nanti tak fresh. Elok je mendidih, terus tutup api dan serve. Just nice, udang dan kacang panjang fresh. Tapi, kalau anda jenis yang tak suka sayur kacang panjang tu keras, boleh masukkan kacang panjang dulu, dah agak lembut sikit baru masukkan udang.


Tips: 

#1
Kalau first time masak lemak, digalakkan guna api perlahan. Tapi, kalau dah nama masak lemak, api perlahan ke, api besar ke, wajib selalu kacau. Kalau tak, santan tu jadi berkaki. Tak cantik.

#2
Masak lemak tak sesuai guna santan cair. Tak sedap nanti. Guna santan yang agak pekat. Bukan lah pekat sangat tau. AGAK pekat je.


Eden bukan orang Nogoghi (Negeri Sembilan). Tapi, kahwin dengan orang Nogoghi. Suami hari-hari nak makan masak lomak CILI API. Tu yang eden pandai masak lomak tu. Belajar dongan omak mortua. Tapi, sejak mengandung sampai lah harini, suami dah tak demand masak lomak laei dah. Kesian baby A.D masih fully breastfeed laei. Ngeheheh.

Friday, March 14, 2014

Resepi Sambal Tumis Sotong Kembang Versi Mudah

Bismillahirahmanirrahim

Ha, panjang nama resepi tu ye. Kepada ibu-ibu atau para isteri yang balik je dari kerja, rushing terkejar-kejar sana sini nak siapkan makanan untuk anak atau suami, boleh mencuba resepi simple ni. Resepi ni sesuai juga untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak sebab tak guna banyak bahan (Akak dulu masa mula-mula masak pun gitu dik, cari resepi yang simple dan mudah je). Atau untuk surirumah yang datang mood malas masak. Semudah ABC, cepat tapi sedap.


Sambal Tumis Sotong Kembang


Bahan-bahan:

1) Sotong kembang 2 ekor. Potong ikut saiz yang digemari.
2) Minyak masak
3) 2 senduk cili kering yang dah blend bersama bawang putih dan bawang merah.
3) Garam secukup rasa. 
4) Asam keping - 1 keping 
Bawang merah sebiji dihiris bulat dan lebar (optional) 
4) Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1) Panaskan minyak secukupnya. 
2) Tumis cili blend tadi sampai pecah minyak.
3) Masukkan asam keping dan sotong. Tipsmemasak: Kalau masak seafood macam sotong, udang atau kerang, jangan biar mendidih lama. Nanti lauk tu kecut dan tak lembut sebab seafood ni keluarkan air. Rasa pun kureng. Bila dah kecut, tekstur dah tak cantik. Kecik jadinya. Sebab tu kalau saya potong sotong, saya potong besar-besar sikit.
4) Masukkan garam secukup rasa.
5) Kalau suka bawang, boleh masukkan hirisan bulat bawang. Siap dan boleh dihidangkan. (Gambar kat atas ni tak ada hirisan bawang tau)



Kalau tak kenal sotong kembang, ni lah rupanya. Sotong ni dah memang kembang, tak payah rendam lagi. Janggut sotong tu ada dalam badan, kena ikat. hehehehe.