Duduk berdua dengan A.D kat rumah ni kadang-kadang sampai tak gerak kerja lain sebab nak melayankan ragam dia. Sebab tu la hubby suka panggil A.D 'anak manja papa'. Betul-betul manja. Mungkin sebab A.D menyusu badan. Mungkin juga dulu saya pantang kat rumah sendiri. Mak cuma datang waktu siang untuk mandikan A.D, siapkan makanan dan kemas rumah. Waktu malam, saya dan hubby berdua je jaga A.D. Alhamdulillah, A.D dapat kasih-sayang secukupnya dan In Sha Allah, berterusanlah kasih-sayang kami untuk A.D.
Tu cerita masa dalam pantang. Sekarang dah 6 bulan dah anak ummi. Dah semakin membesar and keep wanting to explore many things. Golek sana golek sini, pusing sana pusing sini, capai sana sini, tiup sana tiup sini. Belum kira lagi riuh suara dia kejap nangis, kejap gelak, kejap lagi jerit (seriously, he is so bubbly. Well, tak apa lah sayang. That's the only language infants have). Macam-macam ragam. Makanya, my hubby and I decided to buy him a walker.
Beli kat kedai mainan kat kuala je sebab hari dah malam. Tak sempat la nak cari kat hypermarket. |
Masa tu motif saya cuma tau nak beli walker A.D je. Sekali bila adik kedai tu tunjuk jenis-jenis walker, oh my... naifnye diri ini. Ingatkan walker tu setakat letak anak kat dalam bagi dia bebas bergerak. Hahaha. Untuk tak nak kawan-kawan jadi macam saya, saya senaraikan panduan untuk memilih walker anak. Tak adalah nanti ter "aaa... aaa..." mulut bila salesman tanya "akak nak yang macam mana?"
# 1
Apa motif anda beli walker? Untuk anak belajar jalan? Untuk buai anak? Untuk jadikan meja makan anak yang anda boleh letak cawan/botol susu anak? Untuk tolak anak bersiar-siar depan rumah waktu petang? Untuk jadikan medium perkembangan minda anak? Untuk tambah koleksi mainan unik anak? Semua ada. Siap ada jenis 4 in 1 lagi tu.
#2
Pilih yang ada stopper. Ada 2 jenis stopper. Sama ada yang jenis stopper di belakang sahaja atau di depan dan belakang. Of course, stopper depan dan belakang lebih selamat. Fungsi stopper ni untuk lock walker anak waktu makan. Jadi, tak lah mak lari sana sini nak mengejar anak waktu makan. Boleh juga lock waktu anda memasak atau waktu anda ke bilik air yang mana masa tu anak left alone tanpa pengawasan.
#3
Biasanya kalau kita beli walker untuk membantu perkembangan minda anak, kita akan pilih yang warna menarik, ada mainan pusing-pusing, ada lampu dan ada muzik kan? Bagus. Tapi, kena pastikan bunyi muzik tu tak kuat sangat. Lagi elok kalau boleh adjust volume muzik tu. Yang ni memang saya dah tersilap. Bunyi muzik dari walker A.D tu kuat sangat. Kita yang besar ni pun bingit telinga dengar lagi lah anak kan?
#4
Banyak roda. Yang ni saya rasa lagi banyak roda lagi selamat. Kalau setakat 4 roda je, ada risiko anak terjongket bila ada lantai yang tak rata. Contoh macam antara ruang tamu dan dapur. But it's ok kalau lantai rumah anda rata kesemuanya ye.
#5
Pertimbangkan untuk beli walker yang ada jual seat tambahan. Terutama sekali bila anda fikir untuk guna lama turun-temurun sampai ke anak-anak seterusnya. Hehehe. Just in case kain tempat duduk tu kotor atau rosak, anda boleh beli kain seat baru yang dijual berasingan. Sayang je rasenya kalau beli walker harga tiga empat ratus tapi tak ada jual seat tambahan. Kot-kot anak poo poo terkena ke.. :)
THANK YOU FOR SHARING.BARU NAK BELI WALKER..AGAKNYA SEKARANG UMUR DIA 7 BULAN BELUM MERANGKAK DAH BOLEH NAIK WALKER KEBELUM?
ReplyDeleteTHANK YOU FOR SHARING.BARU NAK BELI WALKER..AGAKNYA SEKARANG UMUR DIA 7 BULAN BELUM MERANGKAK DAH BOLEH NAIK WALKER KEBELUM?
ReplyDeleteWC. Anak saya pn belum pandai merangkak tapi dah naik walker umur 6 bulan. Kalau anak lebih suka didirikan, boleh cuba. Tapi kene sentiasa pantau. Takut anak terbolos kat seat walker.
ReplyDelete