Showing posts with label Si Manja. Show all posts
Showing posts with label Si Manja. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Perkembangan 7 Bulan A.D

Bismillahirahmanirrahim

Sebelum tu, ummi nak wish happy belated 8-month birthday kat A.D (9 Mei lepas). Semoga anak ummi terus sihat dan bijak. Ameen.

8 bulan tak ada check up. Seronok. Tunggu next month, bila dah 9 bulan nanti.

Secara fizikal saya tak pasti tentang pertambahan berat, tinggi dan ukur lilit kepala A.D. Kat rumah tak ada weighing scale. Yang ada tu untuk bahan buat kek je. Tak sesuai  langsung. Tapi kat rumah ada tape. Boleh la guna untuk ukur tinggi dengan kepala anak. Cuma saya malas je nak guna. Hehehe. Insya Allah, sihat anak ummi ni.

Sepanjang usia 7 bulan, A.D dah kuat mengesot ke depan. Boleh 'kona' kiri kanan, boleh u-turn gak. Maknanya, saya dah ada mop bergerak di rumah! Hehehe. Disebabkan dah kuat bergerak, maka kuat jugalah mengejar ummi dia ke dapur. Tak boleh tinggal langsung. Kalau letak dalam walker, walker sampai dapur (skill ni dah lama ada). Kalau letak je dia di lantai, dia sendiri mengesot ke dapur. He is so brave, ok! Walaupun lantai tu tak sama tinggi, he has the skill to go there. Sama gak la kalau turun dari tilam ke lantai (remember, we have removed the bed?)

Merangkak dah ke? Hurm, belum lagi. Saya rasa sebab A.D banyak spent time atas walker la. So masuk umur 8 bulan ni, saya biarkan dia bebas atas lantai dan dah mula tak pakai stokin supaya tapak kaki dia akan rasa lantai naturally. Hopefully dia yakin untuk merangkak dan berpaut untuk berdiri. Tapi, waktu tidur definitely saya pakaikan anak stokin. Malam sejuk kan?

Dah boleh duduk sendiri :)

 Then, A.D dah pandai main koyakkan kertas tisu. Jenuhla ummi dia mengemas. Tisu tu kan ringan. Bila dicarik-carik sampai halus tak ke berterbangan kat ruang  tamu tu? Takpe lah nak. Koyak je banyak-banyak sampai jadi salji kat rumah ni pun tak pe. Asalkan jangan makan tisu tu sudah. Kena berpada-pada gak. Kalau tak pantau habis separuh kotak tisu tu dia buat mainan. Then, bila senyum sekarang boleh pula senyum sambil jelir lidah. Aikk???



Tu je la setakat yang teringat. Hehe.

Selamat beristirehat!

Tuesday, April 15, 2014

Bila Anak Jatuh Katil...

Bismillahirahmanirrahim

Sedih rasanya nak taip entri ni. Kalau boleh tak nak ingat langsung seolah-olah perkara ni tak pernah terjadi. Tapi selepas muhasabah diri, saya cari sudut positif di sebalik kejadian ini.

Alhamdulillah secara fizikal, tak ada kecederaan langsung. Tak ada luka, tak ada darah, tak ada lebam. Tapi kecederaan emosi, pasti ada. Sebab A.D nangis sekuat hati. Hubby dah pergi kerja. Cuma kami berdua di rumah. Tangisan A.D, walaupun baru mula beberapa saat, dah buat saya cemas. Cepat-cepat saya call hubby. Saya buat loud speaker sebab saya sambil peluk anak. Syukur alhmdulillah, dengar je suara papa dia, A.D berhenti nangis. Lama jugak la tersedu-sedu. Lepas off hand phone, saya cuba main dengan A.D, alhmdulillah dia respon macam biasa, siap gelak-gelak lagi. Mujur A.D selamat. Tapi esoknya, A.D demam. Berjangkit dengan saya. Malam tu kami bawa ke klinik. Kami bagitahu doktor yang A.D jatuh katil semalam, then harini demam. Doktor check,just demam biasa. Paru-paru tak ada masalah. Tangan, mulut dan kaki pun bersih.

Muka demam hari ke-2
Terus saya bukak katil tu, letak tilam atas lantai je! Buat macam sepupu saya, Cikgu Ros Nazirah. Tak taulah bila ummi dan papa nak pasang balik katil tu, nak.




A.D sayang,

On April 9th, 2014 you turned to 7 month-old. On the same date, ummi woke up as early as 2:00 am to complete some online works at Microworkter (I didn't do this frequently. Only when I feel like doing good and when you had a tight sleep). By 4:30 am, I started to cook nasi goreng for puasa-ganti's sahur and then performed sunat prayers. While performing prayer, I heard you crying. But it's ok because papa was there accompanying you to sleep. Your cries became louder and therefore insisted ummi to go upstairs to brestfeed you. It was 5:40 am when I'm done breastfeeding you, just few minutes before waktu sahur gone. I slowly put you back on the bed and quickly went downstairs for sahur. Great! Ummi managed to do it, sayang.

I fell asleep after Subuh prayer, on the bed, next to you. Extremely exhausted, perhaps. I was under semi-conscious condition when papa said he off to work but I could remember papa kissed us as usual. I fell asleep again until 9.30 am. At that time, you'd already woke up, playing and rolling on the bed alone.

Knowing that you are now expert in rolling over your body, ummi and papa took precaution by blocking the edge of the bed using as many pillows as we can because only two of us sleeping on the bed (papa sleeps on the floor). When I sleep together with you, I became the divider, too (^_^).

When I woke up at 9:30 am, I wanted to bring you downstairs. But don't know why, I felt so dizzy like I'm sick. I tried to close my eyes for couples of second but it turned to sleep for couples of minute. By the time I opened my eyes, oh no! You'd already laid down on the floor!!!

Thursday, April 3, 2014

Check Up 7 Bulan & Perkembangan 6 Bulan A.D

Bismillahirahmanirrahim

Pagi tadi bawa A.D check up umur 7 bulan kat KK Pelabuhan Klang. Eh, kejap. Ada ke check up 7 bulan dalam buku baby? Dalam buku memang tak ada tapi A.D kena datang untuk monitor berat badan. Sebab masa nak masuk umur 5 bulan, A.D diserang demam yang pertama (sebelum ni tak pernah demam walaupun suntik vaccine 3 serangkai). Masa tu, he refused to be breastfed. Susah betul nak menyusu. Perut pun nampak kempis je. Bila datang check up umur 5 bulan, berat badan cuma naik 100gm. Risau dibuatnya. Doctor advised me to start introducing him a solid food sebab mungkin he's in the transition period antara susu dan makanan pejal. 

Alhamdulillah when we came for 6-month check up, he gained 500gm weight increase. But still kena datang untuk periksa berat lagi on the following month. Jadi bila kami datang pagi tadi, berat A.D naik 300gm (6.1kg). Check up kali ni takda vaccination. Tapi, misi ada tanya "Dah pandai apa? Makan banyak mana?"




Kalau masa 5 bulan dulu, A.D pandai meniarap je. Tapi bila umur 6 bulan ni, A.D dah laju meniarap & terlentang. Siap bergolek-golek lagi. Kalau bentang toto kat bawah ni, habis dia balun golek dari hujung ke hujung. Mulut pula riuh sebut "ba bu ba bu ba... bu bu bu bu.. pa pa pa".

"Tapi, anak ummi belum merangkak lah sayang." He can move backwards, but he rarely move forward. Hehehe. He can do bumping. He always lift up his punggung (imagine that with his face facing down, betul-betul tonyoh tilam). I had once saw him in crawling position but he didn't move at all. Langsung tak gerak. He may not strong enough to move in the position. 

He ate almost any soft-solid foods. He ate birthday cake, ice-cream, bahulu, cream-crackers, papaya (of course in a small quantity). He loves eating bananas. I gave him banana almost everyday for his tit-bits and it helps him to poo poo smothly. He ate biscuits too (Heinz Farley's biscuit with banana's flavour). Of course, he eats porridge for lunch and dinner.

We (ummi & papa) love u so much sayang :)

Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Ajar Anak Hisap Botol Susu atau Puting

Bismillahirahmanirrahim

Ada tak sesiapa mengalami masalah bila anak yang dah biasa menyusu badan tak mahu hisap susu melalui botol? Rasanya kebanyakan (saya tak kata semua) ibu yang breastfeed anak pernah mengalaminya. 

Saya dulu pun macam tu. Walaupun A.D lahir-lahir je misi kat Hospital Pantai Klang dah bagi susu botol (sebab saya masih lagi dalam operation theatre. 3 hari kat ward, 3 hari tu la anak hisap susu botol.), tapi bila balik rumah saya terus breast feed anak sebab saya nak nurture bonding between mak dengan anak. Since I am a housewife, tak de lah rushing sangat nak ajar anak guna botol. Ye lah, 24 jam dengan anak. Bengkak je sua kat mulut anak. 

Tapi, bila fikir-fikir balik, kena juga ajar anak hisap botol. Susah nanti kalau emergency. Masa tu umur A.D dah nak masuk 3 bulan. Bukan setakat hisap botol, hisap puting pun A.D tak nak. Puaslah google sana sini cari tips untuk ajar anak hisap susu botol. Jumpa beberapa suggestion untuk guna botol susu jenis besar macam Avent, Mam dan Tommie Tippie. Botol susu ni kategori 'closer to nature' iaitu design dia menyamai breast feeding.

Apa lagi, saya pun ajak hubby pergi kedai Twins Baby kat Bukit Tinggi, Klang. Belek punya belek, kami ambil Tommie Tippie. Bila nak bayar kat kaunter, sempat saya borak dengan tauke tu yang saya nak ajar anak hisap susu melalui botol. Sekali, tauke tu cakap kalau nak ajar anak hisap botol susu, guna puting NUK. Puting NUK ni boleh fit kat semua botol susu biasa. Tak silap saya harga puting NUK ni baru RM16 untuk 2 pieces. Kalau botol susu 'closer to nature' tu harga RM40 sebotol.

A.D & A.Z. with their NUK pacifier.

Mulanya saya tak percaya. Tapi kata tauke tu, puting NUK ni paling lembut. GH pun guna untuk bayi sumbing. Then, she told me teknik untuk ajar anak hisap susu guna puting NUK ni.

Firstly, lekapkan puting NUK kat nipple mommy dan bagi anak hisap. Buat beberapa kali sampai anak dah biasa. Ni kira teknik memperdayakan anak jugak la. Cuba buat macam tu untuk 3 hari. Bila anak dah biasa boleh terus pasang pada botol susu. Seriously, it works! Saya cuma buat sekali je teknik memperdayakan tu. Sebab saya nampak A.D dengan yakinnya sangka yang dia tengah direct breastfeeding. Hehehe.

Kalau anak tak pandai hisap puting (pacifier) pun boleh ajar guna NUK. Tak lah nanti anak asyik nak mengempeng je kan? Macam baby A.D & A.Z dalam gambar kat atas tu. Both started using pacifier at 2 months old age.

Good luck mommies :)

Wednesday, March 19, 2014

5 Panduan Memilih Walker Baby

Bismillahirahmanirrahim

Duduk berdua dengan A.D kat rumah ni kadang-kadang sampai tak gerak kerja lain sebab nak melayankan ragam dia. Sebab tu la hubby suka panggil A.D 'anak manja papa'. Betul-betul manja. Mungkin sebab A.D menyusu badan. Mungkin juga dulu saya pantang kat rumah sendiri. Mak cuma datang waktu siang untuk mandikan A.D, siapkan makanan dan kemas rumah. Waktu malam, saya dan hubby berdua je jaga A.D. Alhamdulillah, A.D dapat kasih-sayang secukupnya dan In Sha Allah, berterusanlah kasih-sayang kami untuk A.D. 
Tu cerita masa dalam pantang. Sekarang dah 6 bulan dah anak ummi. Dah semakin membesar and keep wanting to explore many things. Golek sana golek sini, pusing sana pusing sini, capai sana sini, tiup sana tiup sini. Belum kira lagi riuh suara dia kejap nangis, kejap gelak, kejap lagi jerit (seriously, he is so bubbly. Well, tak apa lah sayang. That's the only language infants have). Macam-macam ragam. Makanya, my hubby and I decided to buy him a walker.


Beli kat kedai mainan kat kuala je sebab hari dah malam. Tak sempat la nak cari kat hypermarket.
Masa tu motif saya cuma tau nak beli walker A.D je. Sekali bila adik kedai tu tunjuk jenis-jenis walker, oh my... naifnye diri ini. Ingatkan walker tu setakat letak anak kat dalam bagi dia bebas bergerak. Hahaha. Untuk tak nak kawan-kawan jadi macam saya, saya senaraikan panduan untuk memilih walker anak. Tak adalah nanti ter "aaa... aaa..." mulut bila salesman tanya "akak nak yang macam mana?"


# 1 
Apa motif anda beli walker? Untuk anak belajar jalan? Untuk buai anak? Untuk jadikan meja makan anak yang anda boleh letak cawan/botol susu anak? Untuk tolak anak bersiar-siar depan rumah waktu petang? Untuk jadikan medium perkembangan minda anak? Untuk tambah koleksi mainan unik anak? Semua ada. Siap ada jenis 4 in 1 lagi tu. 

#2
Pilih yang ada stopper. Ada 2 jenis stopper. Sama ada yang jenis stopper di belakang sahaja atau di depan dan belakang. Of course, stopper depan dan belakang lebih selamat. Fungsi stopper ni untuk lock walker anak waktu makan. Jadi, tak lah mak lari sana sini nak mengejar anak waktu makan. Boleh juga lock waktu anda memasak atau waktu anda ke bilik air yang mana masa tu anak left alone tanpa pengawasan.

#3
Biasanya kalau kita beli walker untuk membantu perkembangan minda anak, kita akan pilih yang warna menarik, ada mainan pusing-pusing, ada lampu dan ada muzik kan? Bagus. Tapi, kena pastikan bunyi muzik tu tak kuat sangat. Lagi elok kalau boleh adjust volume muzik tu. Yang ni memang saya dah tersilap. Bunyi muzik dari walker A.D tu kuat sangat. Kita yang besar ni pun bingit telinga dengar lagi lah anak kan?

#4
Banyak roda. Yang ni saya rasa lagi banyak roda lagi selamat. Kalau setakat 4 roda je, ada risiko anak terjongket bila ada lantai yang tak rata. Contoh macam antara ruang tamu dan dapur. But it's ok kalau lantai rumah anda rata kesemuanya ye.

#5 
Pertimbangkan untuk beli walker yang ada jual seat tambahan. Terutama sekali bila anda fikir untuk guna lama turun-temurun sampai ke anak-anak seterusnya. Hehehe. Just in case kain tempat duduk tu kotor atau rosak, anda boleh beli kain seat baru yang dijual berasingan. Sayang je rasenya kalau beli walker harga tiga empat ratus tapi tak ada jual seat tambahan. Kot-kot anak poo poo terkena ke.. :) 


Tada.. Kepala rabbit dah tak ada. Buka untuk jadi tray makan A.D.