Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Topik Mangga Muda & Ibu Hamil

Bismillahirahmanirrahim



Suka makan mangga? Mangga masak ke mangga muda? Mungkin ada yang suka dua-dua sekali. Mangga dalam gambar kat atas tu, pemberian daripada jiran saya minggu lepas. Mangga dari pokok sendiri tu.

Mula-mula tengok memang nampak nyum nyum nyum sungguh. Besar mangga tu. Dalam hati mesti ingat dah masak. Bila jiran ni tanya nak ke tak, saya pun nak lah kan. Sekali katanya "Ni mangga muda kak, tak besar sangat. Ada lagi besar dua kali ganda."

Maka saya pun dalam hati 'kecewa'. Sebab saya tak makan mangga muda. Ha??? Pelik ye. 


Kalau ditanya kenapa perempuan yang sedang mengandung suka makan mangga muda, saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Sebab sepanjang tempoh mengandung saya tak pernah mengidam/teringin/request mangga muda. Mungkin sebab saya jenis tak pandai makan mangga muda, tu yang tak termengidam langsung tu. Tapi, saya bersyukur sebab ada je orang sekeliling yang ambil berat tentang keadaan saya tengah pregnant. Buktinya? Nah,  walaupun saya tak minta, ada je orang bagi saya mangga muda. Daripada membazir, saya bagi kat orang yang suka makan mangga muda (hehe, mintak maaf ye). Tak susah nak cari sebab majoriti suka. Yang dalam gambar tu, saya dah bagi kat MIL.

Saya pernah terbaca (tak ingat dalam majalah or internet) yang perempuan mengandung ni mengidam sesuatu sebab tak cukup nutrisi benda tu dalam badan dia. Kesahihannya tu saya tak pasti. Kawan saya pernah sepanjang tempoh mengandung, dia makan sabun, ok! Sedap dia kata. Saya tengok depan mata dia makan sabun. Huhu. Lain badan, lain ragamnya. Ada yang makan masam sebab katanya nak hilangkan rasa mual. Yang tu ada betul gak. Tak kisah lah apapun yang diidamkan. Yang penting kandungan sihat dan selamat.

p/s: tapi, saya makan nenas sebab nenas favourite saya. Amaran: Jangan ikut!


Thursday, April 3, 2014

Check Up 7 Bulan & Perkembangan 6 Bulan A.D

Bismillahirahmanirrahim

Pagi tadi bawa A.D check up umur 7 bulan kat KK Pelabuhan Klang. Eh, kejap. Ada ke check up 7 bulan dalam buku baby? Dalam buku memang tak ada tapi A.D kena datang untuk monitor berat badan. Sebab masa nak masuk umur 5 bulan, A.D diserang demam yang pertama (sebelum ni tak pernah demam walaupun suntik vaccine 3 serangkai). Masa tu, he refused to be breastfed. Susah betul nak menyusu. Perut pun nampak kempis je. Bila datang check up umur 5 bulan, berat badan cuma naik 100gm. Risau dibuatnya. Doctor advised me to start introducing him a solid food sebab mungkin he's in the transition period antara susu dan makanan pejal. 

Alhamdulillah when we came for 6-month check up, he gained 500gm weight increase. But still kena datang untuk periksa berat lagi on the following month. Jadi bila kami datang pagi tadi, berat A.D naik 300gm (6.1kg). Check up kali ni takda vaccination. Tapi, misi ada tanya "Dah pandai apa? Makan banyak mana?"




Kalau masa 5 bulan dulu, A.D pandai meniarap je. Tapi bila umur 6 bulan ni, A.D dah laju meniarap & terlentang. Siap bergolek-golek lagi. Kalau bentang toto kat bawah ni, habis dia balun golek dari hujung ke hujung. Mulut pula riuh sebut "ba bu ba bu ba... bu bu bu bu.. pa pa pa".

"Tapi, anak ummi belum merangkak lah sayang." He can move backwards, but he rarely move forward. Hehehe. He can do bumping. He always lift up his punggung (imagine that with his face facing down, betul-betul tonyoh tilam). I had once saw him in crawling position but he didn't move at all. Langsung tak gerak. He may not strong enough to move in the position. 

He ate almost any soft-solid foods. He ate birthday cake, ice-cream, bahulu, cream-crackers, papaya (of course in a small quantity). He loves eating bananas. I gave him banana almost everyday for his tit-bits and it helps him to poo poo smothly. He ate biscuits too (Heinz Farley's biscuit with banana's flavour). Of course, he eats porridge for lunch and dinner.

We (ummi & papa) love u so much sayang :)

Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Ajar Anak Hisap Botol Susu atau Puting

Bismillahirahmanirrahim

Ada tak sesiapa mengalami masalah bila anak yang dah biasa menyusu badan tak mahu hisap susu melalui botol? Rasanya kebanyakan (saya tak kata semua) ibu yang breastfeed anak pernah mengalaminya. 

Saya dulu pun macam tu. Walaupun A.D lahir-lahir je misi kat Hospital Pantai Klang dah bagi susu botol (sebab saya masih lagi dalam operation theatre. 3 hari kat ward, 3 hari tu la anak hisap susu botol.), tapi bila balik rumah saya terus breast feed anak sebab saya nak nurture bonding between mak dengan anak. Since I am a housewife, tak de lah rushing sangat nak ajar anak guna botol. Ye lah, 24 jam dengan anak. Bengkak je sua kat mulut anak. 

Tapi, bila fikir-fikir balik, kena juga ajar anak hisap botol. Susah nanti kalau emergency. Masa tu umur A.D dah nak masuk 3 bulan. Bukan setakat hisap botol, hisap puting pun A.D tak nak. Puaslah google sana sini cari tips untuk ajar anak hisap susu botol. Jumpa beberapa suggestion untuk guna botol susu jenis besar macam Avent, Mam dan Tommie Tippie. Botol susu ni kategori 'closer to nature' iaitu design dia menyamai breast feeding.

Apa lagi, saya pun ajak hubby pergi kedai Twins Baby kat Bukit Tinggi, Klang. Belek punya belek, kami ambil Tommie Tippie. Bila nak bayar kat kaunter, sempat saya borak dengan tauke tu yang saya nak ajar anak hisap susu melalui botol. Sekali, tauke tu cakap kalau nak ajar anak hisap botol susu, guna puting NUK. Puting NUK ni boleh fit kat semua botol susu biasa. Tak silap saya harga puting NUK ni baru RM16 untuk 2 pieces. Kalau botol susu 'closer to nature' tu harga RM40 sebotol.

A.D & A.Z. with their NUK pacifier.

Mulanya saya tak percaya. Tapi kata tauke tu, puting NUK ni paling lembut. GH pun guna untuk bayi sumbing. Then, she told me teknik untuk ajar anak hisap susu guna puting NUK ni.

Firstly, lekapkan puting NUK kat nipple mommy dan bagi anak hisap. Buat beberapa kali sampai anak dah biasa. Ni kira teknik memperdayakan anak jugak la. Cuba buat macam tu untuk 3 hari. Bila anak dah biasa boleh terus pasang pada botol susu. Seriously, it works! Saya cuma buat sekali je teknik memperdayakan tu. Sebab saya nampak A.D dengan yakinnya sangka yang dia tengah direct breastfeeding. Hehehe.

Kalau anak tak pandai hisap puting (pacifier) pun boleh ajar guna NUK. Tak lah nanti anak asyik nak mengempeng je kan? Macam baby A.D & A.Z dalam gambar kat atas tu. Both started using pacifier at 2 months old age.

Good luck mommies :)

Thursday, March 13, 2014

Memilih Tempat Bersalin

Bismillahirahmanirrahim

If this is your first pregnancy, you may want to make a survey for the best place  to give birth. Some may say, any place is fine as you will definitely feel the pain be it in GH of Private Hospital. While some may opt for better environments and services for the baby birth. And this reminds me of my friend who doesn't mind to give birth at GH even though she is a wife of a businessman who runs a haulage company in Port Klang with numbers of employee!

Kalau kat Klang ni, tempat bersalin yang famous among kaum Melayu ialah Hospital Bersalin Razif. Razif is a private hospital owned by a Muslim doctor. Selain daripada tu, kos rawatan bersalin kat Razif ni agak berpatutan jugalah. My friend bersalin operate kat sana tahun 2012, ambil ward single bed. Kos keseluruhan  cuma RM5k++ je.

Masa tu, saya lebih minat dengan Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Sebab Barakah ni more Islamic. You can see from the personality of the doctors and the environments. Tak ke seronok kalau sepanjang masa bersalin alunan ayat al-quran? Doctor yang akan sambut baby pun memang doctor perempuan. Kalau kat Razif mungkin ada risiko dapat doctor Razif. Cuma, Barakah hanya untuk kes bersalin normal ye ibu-ibu sekalian. Kes operate ni tak ada. kalau nak tahu pengalaman bersalin di Pusat Bersalin Barakah, boleh baca pengalaman blogger Bardboo, a sister of my friend. She made a comparison between Razif dan Barakah and finally went to Barakah. Tapi, tu masa saya bekerja la. Masa kandungan 1 bulan, ditakdirkan Allah s.w.t, saya tak kerja. Redha dan sabar je dengan apa yang berlaku. So, I tought of Hospital Klang. Jimat banyak dapat. Walaupun semua sedia maklum Hospital Klang ni sangat crowded dan legend. 

http://pusatbersalinbarakah.com/

Tapi, suami pulak tak sampai hati. Dengan izin Allah, kami register untuk bersalin di panel syarikat suami bekerja - Hospital Pantai Klang. Lebih dekat dibandingkan dari GH Klang ataupun Barakah. Kalau tak jem, 10 minit je dari rumah. Sebelum ni memang tak nak bersalin kat Pantai Klang. The main reason is because Pantai doesn't have Muslim lady doctor. Dulu ye, ada doctor Melayu perempuan. Tapi, masa saya nak bersalin tahun 2013 tu dah tak ada. Kalau anda mampu dari segi kewangan, I would suggest you to go for a pusat bersalin Islamic yang boleh PILIH doctor Muslimah. Terjagalah juga aurat mu itu. Tapi kalau tak mampu, tak usahlah sampai nak buat loan bagai bersalin kat swasta ye. Dalam keadaan darurat yang anda tidak upaya untuk memilih, boleh saja anak tu disambut oleh doctor lelaki. Sekian.

Nanti dalam next entri saya akan cerita tentang kos, kemudahan dan layanan di ward bersalin, Hospital Pakar Pantai Klang.




Tuesday, March 4, 2014

Labour Room Experience Part 3

Bismillahirahmanirrahim

At 8 pm, the progress remains slow as cervix dilates to 4 cm still. Due to that, the Gynea had proposed me two options. Option no. 1 was to go for Caesar operation while option no. 2 was to wait for another 4 hours for natural baby birth.

Disebabkan dah tak tahan nak menunggu lagi 4 jam, saya jawab kat Gynea "operate". My hubby and my mother was there, in the labour room too. Lepas tandatangan semua dokumen yang berkaitan (tak baca pun, tengah sakit kan? Tapi ada la nurse tu bagi tau nama-nama dokumen tu), kena tunggu 5 minit untuk persediaan dewan bedah. Nak tunggu 5 minit tu macam 15 minit. Siap tanya Mak lagi, dah ke belum. In fact, my hubby told me that they really made it within 5 minutes, on time. Sampai ada doktor pakar yang berlari datang dengan kain pelekat. I'm not sure which doctor. Sama ada pakar kanak-kanak atau pakar bius. Sebab kalau tak silap, 2 doktor ni je Indian male.

Cerita menarik dalam dewan bedah ni ialah pengalaman pertama menerima suntikan epidural. Rupanya, nak inject epidural ni ada prosedur. Bukan sebarang cucuk ye. I had to bend over my body. Kaki melunjur ke depan (sebab dah atas katil operate), bongkokkan badan sehabis mungkin dan bahu jatuhkan ke bawah. Can you imagine of doing that while feeling the extreme pain of contraction and plus, you have a big tummy. Susah tau. Tapi, nurse kat situ pandai. Dia bagi bantal untuk saya peluk dengan cara dua-dua tangan atas bantal (bukan peluk bantal yang tangan kat kiri kanan tu ye) and she hugged me kuat-kuat. Alhamdulillah, masa jarum masuk tu tak rasa sakit sangat.

Tak lama lepas doktor mulakan kerja pembedahan tu,  I fell asleep. Letih kot. Sepatutnya, epidural tu bius separuh je. Bila saya terjaga nampak doktor dan nurse tengah tepuk-tepuk punggung baby. I smiled. Then, tertidur lagi. Tak lama lepas tu nurse kejutkan, she brought my baby near to me and let me kiss my baby. Erm, bau syurga. Alhamdulillah.



In the other entry, I will share the reason why I chose Hospital Pantai Klang for baby birth.


This is my son. Our baby A.D, in his papa's arm.

Labour Room Experience 2013

Bismillahirahmanirrahim

Pengalaman bersalin di Pantai Medical Centre, Klang.

September 9th, 2013.




I had an appointment with Gynea, Dr. Tricia at 10am. It was just a weekly check up as my baby now had reaches 39 weeks age. Unfortunately, my hubby was having fever. So we went to Klinik Anis Pelabuhan Klang first, let my hubby get medicine and MC. Then, we drove to Pantai Hospital, Klang.
If you used with the procedure of pregnancy check up at private hospital, you know that the Gynea will normally (or perhaps definitely) scan your baby for each visit. Same procedure went to me. (Kalaulah saya tau dari awal, tak ada lah saya scan dekat Pusat Bersalin Barakah. ^_^). The Gynea asked about my health status, whether I had experiencing any contraction or any bleedings or any weird discharge at vagina? All my answers were, "no".

Then she replied "Tak ada tanda-tanda. Macam lama lagi nak bersalin ye?" I smiled. Since it was my first pregnancy, I had no idea to say.

"Come, Doctor nak tengok bukaan cervix. **feeling pain for a while** Dah buka 2 cm. Some people bila 2 cm dah sakit, tak boleh jalan." I felt proud of my self sekejap. Hehe.

"You nak Doctor pecahkan air ketuban tak? Kalau Doctor pecahkan, you mesti bersalin hari ni. Atau you nak dia pecah sendiri?" Air ketuban refers to the amniotic fluid. It can get ruptured naturally or by doctor.  Once it gets ruptured, mother has to deliver the baby within 24 hours. In most cases where mothers want to deliver baby naturally, they will let the fluid rapture naturally. But this is unexpected. It can be few weeks before the due date or a week after the due date.

I looked at my hubby. He said "Ikut sayang la." If you had this experience (of expecting the 1st baby), you would feel the same as mine - tak sabar nak tunggu baby lahir. Plus, I had no experience and I kept thinking, what if I feel the contraction when my hubby is not around? What should I do if the air ketuban ruptured. Would I get panic? And if my hubby were at home but it happens at midnight, could we reach hospital on time? And so many worries.

So I replied to the Gynea "Boleh la. Doctor pecahkan."

"Ok, be ready untuk masuk ward. Lepas air ketuban pecah, cervix is expected to dilates 1 cm for every 1 hour." Wasn't it sounds so pleasant? I will give birth on Sept, 9th instead of Sept, 16th which falls on Malaysia Day. It's ok lah tak dapat baby Malaysia Day. The excitement made me forgot that my hubby was having fever... To be continued...

Tuesday, February 25, 2014

Labour Room Experience 2013 Part 2

Bismillahirahmanirrahim


Around 11 am, I was admitted to the maternity ward. Doctor came at around 12 noon to rupture the fluid. Sebelum tu dah buat CTG dulu. Alhamdulilah, baby's heart beat was good. Memanglah kan, baby tengah seronok duduk dalam perut ibunya. Belum masa nak keluar lagi.

Bila dah pecah air ketuban, baru lah tau rasanya macam mana. It was a warm fluids. Dan banyak sangat. Was it painful? Yes it was. Dah nama pun bersalin kan? Berpeluh juga la. Thank God that the nurse kept saying, tarik nafas dalam-dalam. Tapi, masih juga sakit.

The Gynea then left me alone. So did the nurse.I was just watching tv while hoping that the cervix will dilate rapidly. Bila dengar azan Zohor kat tv, sempat juga tanya nurse macam mana nak solat. Kata nurse, darah dah keluar sekali masa air ketuban pecah, kalau nak diikutkan dah kira darah nifas. Wallahualam. Masa ni hubby dah balik rumah.

I didn't felt the contraction at the beginning. Just an hour later I started to feel it. I remembered the Gynea had advised me to have a light walk around the ward. But how? So I just remained on the bed. After Zohor only my mother arrived. Then my hubby. When the contraction becames often, I sat on a chair instead of the bed. So I could feel the pain less. Jam 4 petang, bukaan cervix dah 4 cm. Daripada ward, saya pindah ke bilik bersalin (labour room). They only allow one person to accompany me. So, my hubby went in. Bila tiba waktu solar Asar, mak pula jaga.

Gambar sekadar hiasan.

Dalam labour room tu, I was not allowed to sit. Baring mengiring je sepanjang masa sebab nurse dah letak the CTG machine on me to monitor baby's heart beat. Masa masuk situ, they have doubled up pitocin volume dalam kantung drip tu. Jadi, makin kuat la contraction. Nak duduk tak boleh, apatah lagi nak bangun atau berjalan. Sebab tu orang cakap sakit kalau bersalin induce. Sebab dah sakit sangat, saya terpaksa gigit tangan hubby yang tengah genggam erat tangan isterinya ini. He he. I'm sorry hubby. Tak sengaja.

To be continued at part 3 ^_^