Monday, May 26, 2014

Perkembangan 7 Bulan A.D

Bismillahirahmanirrahim

Sebelum tu, ummi nak wish happy belated 8-month birthday kat A.D (9 Mei lepas). Semoga anak ummi terus sihat dan bijak. Ameen.

8 bulan tak ada check up. Seronok. Tunggu next month, bila dah 9 bulan nanti.

Secara fizikal saya tak pasti tentang pertambahan berat, tinggi dan ukur lilit kepala A.D. Kat rumah tak ada weighing scale. Yang ada tu untuk bahan buat kek je. Tak sesuai  langsung. Tapi kat rumah ada tape. Boleh la guna untuk ukur tinggi dengan kepala anak. Cuma saya malas je nak guna. Hehehe. Insya Allah, sihat anak ummi ni.

Sepanjang usia 7 bulan, A.D dah kuat mengesot ke depan. Boleh 'kona' kiri kanan, boleh u-turn gak. Maknanya, saya dah ada mop bergerak di rumah! Hehehe. Disebabkan dah kuat bergerak, maka kuat jugalah mengejar ummi dia ke dapur. Tak boleh tinggal langsung. Kalau letak dalam walker, walker sampai dapur (skill ni dah lama ada). Kalau letak je dia di lantai, dia sendiri mengesot ke dapur. He is so brave, ok! Walaupun lantai tu tak sama tinggi, he has the skill to go there. Sama gak la kalau turun dari tilam ke lantai (remember, we have removed the bed?)

Merangkak dah ke? Hurm, belum lagi. Saya rasa sebab A.D banyak spent time atas walker la. So masuk umur 8 bulan ni, saya biarkan dia bebas atas lantai dan dah mula tak pakai stokin supaya tapak kaki dia akan rasa lantai naturally. Hopefully dia yakin untuk merangkak dan berpaut untuk berdiri. Tapi, waktu tidur definitely saya pakaikan anak stokin. Malam sejuk kan?

Dah boleh duduk sendiri :)

 Then, A.D dah pandai main koyakkan kertas tisu. Jenuhla ummi dia mengemas. Tisu tu kan ringan. Bila dicarik-carik sampai halus tak ke berterbangan kat ruang  tamu tu? Takpe lah nak. Koyak je banyak-banyak sampai jadi salji kat rumah ni pun tak pe. Asalkan jangan makan tisu tu sudah. Kena berpada-pada gak. Kalau tak pantau habis separuh kotak tisu tu dia buat mainan. Then, bila senyum sekarang boleh pula senyum sambil jelir lidah. Aikk???



Tu je la setakat yang teringat. Hehe.

Selamat beristirehat!

No comments:

Post a Comment