Thursday, July 24, 2014

Review: Theme Park Hotel Gold Coast, Morib, Selangor

Bismillahirahmanirrahim

Image result for gold coast morib
Photo by Groupon

Haish, lama betul menyepi. Yang ini entri tertunggak dari bulan lepas. Sibuk dengan aktiviti anak, sibuk dengan aktiviti sambut Ramadhan dan sibuk juga dengan aktiviti pelaburan emas tau. Hehehe. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

22 & 23 Jun 2013, syarikat tempat husband kerja ada buat family day dekat Goldcoast Morib. Bukan Sepang tau. Ni kat Morib yang ada taman tema air tu. Yang macam ala-ala Sunway Lagoon tu la. Setiap staff yang dah ada family (yang dah kahwin) dapat satu bilik. Seronok sangat lah kami. Mana tak nya, ni first time kami bawa A.D bercuti over night.

Kalau ada sesiapa yang nak intai-intai tempat ni, boleh lah tengok gambar-gambar kami kat bawah ni. Tapi, jangan tanya saya pasal harga. Saya tak tau berapa harga bilik ni. Kalau pasal servis tu boleh la saya kongsikan.







Gambar-gambar kat atas ni gambar dalam bilik. Serious cakap, bilik dia sangat luas. Nak bentang toto pun still luas. Tapi, kat  hotel ni pun ada jenis apartment. Kalau nak selesa, amik la apartment. Kalau nak jimat, boleh je amik bilik. 

Tadi tu baru cerita bilik dia luas. Bilik air? Pun luas gak. Boleh mandi sekali 3 orang. 2 orang dalam bath tub, sorang lagi dekat shower. Best2x.. Pengalaman saya sebelum ni hotel yang ada bilik air luas ni kat Hotel Primula, Kuala Terengganu. Tapi Primula punya bath tub biasa je. 

Cer tengok gambar kat bawah ni, bilik air dia ada tingkap. Ok, kalau rase nak kelainan, tak yah masuk toilet guna pintu. Lompat je thru tingkap. Sambil mandi boleh main cak-cak. 






Tengok gaya A.D manja papa tu. Ingatkan, 1st time bawa tempat macam ni dia takut. Owh.. ummi salah la sayang. Masuk je bilik, berdiri kat koridor tu terus dia senyum lebar. Suka dia tengok orang ramai mandi. Kami dapat bilik 1st floor. Sebelah je dengan platform main gelongsor air.


Ada servis sewa kereta mainan untuk anak. Ada dua jenis - yang handle sendiri dgn yang guna remote control. Sebab A.D belum pandai handle sendiri lagi, ummi ambil yang jenis guna remote control. Ummi tak pandai guna, so papa yang guna. Tengok muka A.D, senyum je. Siap toleh kiri kanan lagi tu. Macam escort plak. Yang ni kalau tak silap harga dia RM10 untuk 15 minit.

So far ok la. Cuma, personally saya rasa housekeeping hotel ni kena buat keje lebih baik la lepas ni. Kebersihan fasiliti bilik tak berapa memuaskan. Lagi satu, kenapa eh kat Morib ada satu bau kurang enak waktu malam? Hurm.. tak puas hati.