Pergi jemputan kenduri kahwin rumah Nek Su (nenek saudara sedelah suami) Ahad lepas dekat Kg. Kubu Gajah Luar, Sg. Buloh, teringat pula zaman kenduri kahwin saya sendiri 2 tahun lepas (2012). Biasanya kalau kita datang majlis perkahwinan kenalan/saudara-mara rapat, kita bawa hadiah (selain duit salam kerok yang dah jadi adat.. hehe) ye tak?
Kalau ada di kalangan kawan-kawan yang tengah memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk dibawa ke majlis perkahwinan, apa kata browse senarai cadangan kat bawah ni. Senarai ni terhasil daripada pengalaman saya dan suami sendiri yang menerima hadiah perkahwinan tak kurang 60 buah daripada saudara-mara dan rakan-rakan kami, Alhamdulillah.
#1: Set Teh / Kopi / Gelas / Cawan
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, ini adalah hadiah yang paling popular. Mungkin kerana selain harga yang berpatutan beserta design yang cantik, hadiah ni dilihat relevan untuk digunakan dan memenuhi ruang dapur pasangan yang baru berumah tangga. Kami terima hadiah ni sangat banyak daripada saudara-mara dan rakan-rakan. Alhamdulillah.
#2: Set Pinggan Makan / Mangkuk
Yang ini tak berapa banyak diterima walaupun ia sama penting dengan set gelas. Mungkin disebabkan harganya yang agak mahal. Mangkuk kecil pun memadai. Boleh guna untuk makan manisan seperti pengat.
#3: Periuk Nasi Elektrik (Rice Cooker)
Harga tak berapa murah tapi sangat bermanfaat. Yang saiz kecil sesuai untuk makan berdua/bertiga (anak baru seorang). Yang saiz besar pula boleh guna bila saudara-mara/kawan datang ke rumah. Terima 1 besar, 1 kecil. (^_^)
#5: Set Tupperware / Yang-sewaktu-dengannya
Wow! Saya ada dapat set Tupperware yang betul. Best! Sangat suka :) Yang sewaktu dengannya pun ada. Boleh diguna untuk bawa bekal ketika perjalanan / simpan kudap-kudapan di rumah. Bekas simpan nasi / canister air Elianware juga berguna.
#6: Cerek Elektrik / Thermopot
Kegunaannya sama penting dengan rice cooker. Terima 2 thermopot. (^_^)
#7: Toaster
Kalau bosan, boleh bakar roti. Selalu gak saya bakar roti pagi petang. Terima kasih kawan-kawan HR Ayamas.
Kami terima hadiah periuk daripada mak & abah saya. Dapur gas model baru yang melekap ke permukaan para simen tu pulak abah hadiahkan masa mula-mula masuk rumah sewa.
#8: Periuk / Kuali
Kami terima hadiah periuk daripada mak & abah saya. Dapur gas model baru yang melekap ke permukaan para simen tu pulak abah hadiahkan masa mula-mula masuk rumah sewa.
#9: Jam Dinding
Kalau di dapur, set cawan yang popular. Kalau di bahagian ruang tamu, jam dinding antara yang popular. Terima 6. Ok juga. Boleh letak di seluruh bahagian rumah. Masa itu emas.
#10: Frame Kaligrafi
Hiasan yang sangat saya suka. Kalau bagi kawan hadiah pun saya suka bagi frame kaligrafi. Selain berfungsi sebagai sebagai hiasan dinding, ia juga menunjukkan identiti penghuni rumah. Selain frame ayat al-Quran, saya juga ada terima bingkai cermin yang ada kaligrafi doa melihat wajah di cermin. Dalam banyak-bayak hadiah, hadiah ni paling istimewa. Sebab kawan-kawan HR Ayamas belikan. Dapat 2 hadiah daripada mereka walaupun masa tu dah lama jadi Ex-Ayamas. Terharu sebab diorang sudi datang majlis perkahwinan kami ramai-ramai.
#11: Rak Comel
Sebelum ni saya tak pernah terfikir rak comel ni untuk dibuat hadiah sehinggalah saya terima rak ni sebagai hadiah. Letak di ruang tamu. Sangat berguna juga tau.
#12: Kipas Angin
Jarang orang nak bagi kipas angin kan? Masa mula-mula duduk menyewa dulu, bilik tak ada kipas. Jadi, kami dah guna kipas ni awal-awal lagi. Terima kasih :)
#13: Selimut
Saya rasa hadiah selimut ni paling relevan. Ada terima satu daripada sepupu. Kalau terima banyak pun tak apa sebab senang nanti kalau ada saudara-mara yang datang tidur kat rumah, boleh guna selimut tu.
#14: Set Cadar
Sangat suka dan sangat berguna. Tak perlu nak beli cadar lagi untuk tempoh 5 tahun pertama. Terima 3 kesemuanya daripada adik-beradik abah (my aunts & uncle)
#15: Lampu Tidur
Ini pun saya suka. Nampak macam remeh. Kalau tak ada kat rumah, memang tak beli lah. Tapi kalau ada orang hadiahkan, memang akan digunakan. Terima 2 daripada sepupu dan rakan UPM.
#16: Buku Motivasi
Ye, saya ada terima satu. Buku motivasi untuk menjadi wanita/isteri solehah daripada Kak Zety.
#17: Telekung + Sejadah + Kain Pelekat
Saya tak ada terima hadiah macam ni. Tapi saya dan mak suka bagi hadiah ni untuk pengantin. Senang nak solat berjemaah kalau saudara-mara datang. Lagilah kalau pengantin tu jenis macam saya - letak telekung kat kereta satu, kat rumah tingkat bawah satu, kat tingkat atas satu. Dulu masa kerja, kat ofis satu.
#18: Tuala
Kalau anda nak kelainan, silakan. Sebab ia sangat berguna. Tapi, saya tak pernah buat pun. Terima pun tiada. Hehehe.
AWAS! Senarai di atas untuk mereka yang memikirkan hadiah apa yang patut dibeli. BUKAN untuk mereka yang memikirkan hadiah apa yang patut diminta. Hohoho. Kesudian tetamu hadir pun patut dianggap sebagai satu hadiah.
Wah...best sharing ni...tgh cari idea nk bg hadiah kawen...
ReplyDeleteBtw...jom lawat blog saya..
www.sihatnatural.blogspot.com
Kalau beli mangkuk tingkat tu ok tak?
ReplyDelete